Pod - itu menunjukkan kamera support atau 'tempat letak' atau alas. Oleh itu, monopod=satu kaki, bipod 2=kaki, dan tripod 3 kaki.
Oleh yang demikian setiap pod ini mempunyai kebihan dan kekurangan yang tersendiri seperti yang akan dinyatakan di bawah :
A.Monopod:
1. Ringan dan senang dibawa
2.Cepat setup dari tripod
3.Boleh disetup di tempat2 sempit berbanding tripod
4.Ada flexibility untuk berbagai camera movement
5.Biasanya digunakan untuk sport action, seperti yang kita dapat saksikan di World Cup 2006, selalunya untuk menyokong telephoto lens yang berat dan besar.
6.Terpaksa menggunakan anggota badan seperti kaki atau dada, untuk membantu menstabilkan keseluruhan sistem.
B.Tripod:
1.Versatile, boleh jadi monopod bila dirapatkan semua kaki2 nya.
2.Setup tripod hanya perlu tarik satu kaki dan terus jadi monopod, tak banyak bezanya.
3.Flexebility lebih kurang sama dengan monopod tetapi lebih flexible kalau handholding.
4.Tripod boleh jadi monopod dan juga bipod, cuma tidak sesuai dalam keadaan orang ramai dan crowded dan tempat yang sempit.
5.Selalunya tripod mejadi equipment terakhir yang akan di attach pada bag fotografer setelah mengambil kira berat dan environment yang akan dilalui..selalunya fotografer akan nyesal apabila terkenangkan tripod yang tertinggal..
6. Dapat diumpamakan seperti 'susah dulu senang kemudian' dalam penggunaanya.
C.THE POD.
Dalam erti kata lain The POD ini adalah alas beg kacang - bean bag yang di modified menjadi lebih menarik dan cantik untuk tujuan komersial. (htttp://www.thepod.ca/)
The POD ini sangat berguna dan memang akan menukarkan gambar anda menjadi lebih sharp berbanding handholding.
Di antara kelebihan The POD ialah:
1.Berguna bila mana tripod tak boleh digunakan
2.Durable tahan lasak
3.Boleh disumbat masuk ke dalam mana2 beg camera dan tidak menyesakkan
4.Boleh di attach dimana2 kamera
5.Boleh support berat yang berlebihan (mengikut size The POD)
6. Tidak menggunakan apa-apa kaki.
Jadi adakah anda perlu kepada mana-mana pod di atas? Jawapan saya 'YA'.
Kerana ia akan menjadikan gambar anda lebih baik terutamanya bila dalam Low light-Indoor dan juga bila terpaksa guna slow shutter untuk mendapatkan efek-efek tertentu dalam sesetengah teknik fotografi.
Kenapa tidak handholding sahaja? Bukan tidak boleh, tetapi jarang sekali fotografer boleh menahan nafas panjang untuk mengelakkan goyang ketika guna slow shutter.
Perlu diingat speed yang afdal untuk mendapatkan gambar yang sharp adalah sentiasa lebih dari focal lenght lens anda, contohnya: jika focal lenght 200mm maka shutter speed yang patut ialah 1/250 sec , 1/300 sec atau lebih. Ini untuk mengelakkan gambar blur.
Jadi investlah dalam TRIPOD atau POD, cari brand yang mempunyai kualiti(tidak mudah patah) atau sturdy dan berat, mudah-mudahan anda tidak akan menyesal.
Cadangan saya buat permulaan:-
Manfrotto 718B DIGI MINI 3W TRIPOD BLK
Advantage utama:
1.Kompak dan senang dibawa
2.Ringan Senang digunakan
3.Versatile
Sesuai untuk:
1.DSLR dan point and shoot kamera
1.DSLR dan point and shoot kamera
2.Camcorders (MicroDV, MiniDV atau yang sama saiz)
3.Still Fotografi dan light video shooting
Atau dapatkan The POD dikedai2 kamera yang berhampiran ATAU minta tolong emak/adik/kakak buatkan satu bean-bag alas kecil serupa the POD untuk anda.
Selamat Mencoba!
No comments:
Post a Comment