Wednesday, November 22, 2006

Bahasa Fotografer.

Bahasa Melayu, Bahasa Dinamik.
Bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, "Bahasa Jiwa Bangsa".

Bahasa memainkan peranan penting dalam wadah penyampaian ilmu. Ia juga menjadi agen terpenting untuk melambangkan keperibadian dan tahap keintelektuan sesuatu bangsa tersebut.

Bahasa yang baik ialah bahasa yang dinamik, boleh berkembang mengikut peredaran zaman serta boleh menerima daftar kata yang baru tanpa merosakkan keseluruhan struktur bahasa tesebut. Ia bukan bahasa rojak.

Orang Melayu sejak zaman dahulu amat senang dan gemar mengguna-pakai bahasa asing dalam pertuturan dan persuratan mereka, lebih-lebih lagi bahasa asing dari kayangan, yang datang membawa ilmu dan peradaban yang tinggi nilainya, menurut mereka. Sebagai contoh: bahasa sanskrit,arab, belanda,portugis dan inggeris.

Senario ini berlaku dan berterusan apabila orang Melayu menerima kehadiran ilmu serta teknologi baru yang tiada dalam daftar kata dan kamus harian mereka. Jadi cara paling ringkas adalah menceduk terus dari bahasa asal dan gunakan. Contoh paling senang - Basikal (Bicycle)- Gohed (Go Ahead) - Gostan (Go a stern).

Walaupun begitu, bukan orang Melayu sahaja yang sifatnya begitu, orang Eropah terpaksa berbahasa Arab untuk menguasai teknologi pada zaman kegemilangan Islam dan orang Jepun terpaksa menguasai bahasa Inggeris sebelum meniru dan mencipta jam 'Casio'. Ini lumrah, kerana punca ilmu itu hidup bersama bahasanya. Kuasai bahasanya maka dapatlah ilmunya.

Bagaimana pula jika punca ilmunya Melayu? maka orang asing kenalah mereka belajar bahasa Melayu untuk menguasainya. Bahasa Melayu tidak perlu berganjak dalam hal ini.

Terjemahan-terus (direct-translation) dan akibatnya.
Untuk menterjemah bahasa fotograf kedalam bahasa Melayu memang mudah tetapi untuk menafsirkannya memang payah. Ini kerana setiap terjemahan boleh membawa tafsiran yang berbeza.

Contoh: adakah perkataan 'gambar' itu terjemahannya adalah 'fotograf'? Semestinya tidak, kerana 'fotograf' adalah salinan-keras (hardcopy) yang menampakkan gambar, manakala gambar boleh ada tanpa fotograf. Kalau tidak percaya, cuba gambarkan sebuah pemandangan indah matahari terbit di ufuk timur, cuba fotografkan.

Contoh terjemahan-terus (direct-translation) Inggeris-Melayu yang nampak janggal:- Tripod (Alas kaki tiga), Monopod (Alas kaki satu), Aperture (Bukaan), Shutter (Pengatup),dan lain-lain lagi.

Penggunaan 'direct translation' atau terjemahan-terus seperti diatas hanya akan menyusahkan penggemar kamera dan fotografer Melayu untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan saingan mereka di peringkat antarabangsa. Lebih-lebih lagi sumber rujukan dan buku yang 'reliable' mengenai kamera dan fotograf banyak berperantara Inggeris.

Jadi cara senang adalah menggunakan terma-langsung (direct-term) fotograf dalam bahasa asing dan jadikannya sebahagian dari bahasa Melayu. Contoh: Aperture - Aperture, Shutter -Shutter, Lens-Lensa, Tripod-Tripod, Monopod-Monopod dan sebagainya (mungkin ejaan perlu digubah supaya lebih Melayu Inggerisnya)

Adakah perlu sesorang itu belajar bahasa fotograf jika mahu menjadi fotografer?
Ya. Ini penting. Untuk menjadi seorang fotografer yang baik mestilah belajar menguasai bahasanya. Sama juga jika ingin menjadi doktor (pawang?), engineer (jurutera) dan sebagainya.

Menurut seorang pakar dan ahli bahasa Melayu, setiap lapangan dan bidang kerja itu mempunyai bahasa dan terma atau istilah yang berbeza. Hanya 'ahlinya' sahaja yang dapat memahami maksud dan makna yang cuba disampaikan. Jikalau bukan ahli maka akan mudah keliru, tenggelam punca akibat tidak faham.

Contohnya : 'Ahli' jurumuzik kena pandai berbahasa 'Togey', pakar IT perlu pandai 'Jargon' dan jurufoto kena pandai berbahasa 'stop' baru mantap.

Satu persoalan dan analogi ringkas:- Jika pandai memainkan satu-dua buah lagu 'by heart' atau 'by heard' menggunakan gitar pinjam, adakah boleh seseorang itu digelar ahlil muzik? atau hanya kerna pandai menyepak bola walaupun tonjol sudah boleh digelar pemain bola? Boleh jika dikurniakan bakat dan juga boleh jika mahu belajar..

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan karangan diatas kerana merasakan diri sudah lengkap, manakala mungkin ada yang bersetuju, terserah anda. Tetapi percayalah memasuki suatu bidang ilmu tanpa penguasaan bahasa hanya akan merugikan diri sendiri khasnya dan orang Melayu amnya.

Sekian.

Nota: Photography" is derived from the Greek words photos ("light") and graphein ("to draw") The word was first used by the scientist Sir John F.W. Herschel in 1839. It is a method of recording images by the action of light, or related radiation, on a sensitive material.



No comments:

Post a Comment