Thursday, June 21, 2007

Mahkamah Harta Intelek

PUTRAJAYA 20 Jun – Mahkamah Harta Intelek Malaysia yang diluluskan penubuhannya oleh Kabinet pada 6 Jun lalu akan beroperasi sepenuhnya di seluruh negara mulai bulan depan, menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di ASEAN selepas Thailand mempunyai mahkamah seumpama itu.

Menurut Shafie, penguatkuasaan undang-undang harta intelek adalah merangkumi bidang kuasa dalam Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Cap Dagangan 1976, Akta Paten 1983, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996, Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000, Akta Petunjuk Geografi 2000 dan Akta Cakera Optik 2000.

Katanya, penubuhan mahkamah berkenaan adalah tepat pada waktunya memandangkan kes-kes baru dijangka meningkat setelah pindaan Akta Hak Cipta 1987 pada 15 Ogos 2003 memberikan kuasa kepada pegawai kementerian untuk bertindak terhadap penjenayah harta intelek.

Petikan: Utusan Malaysia 21 Jun 2007

No comments:

Post a Comment