Wednesday, October 17, 2007
Fotosketches: Tragedi Kedai Mamak
Foto: Orang ramai hanya sibuk menayang muka menunjuk belas, tetapi sudah terlewat. 'Cash register' dan duit syiling bertaburan dijalan raya.
Tempat: Selayang
Masa: 2.00 AM
Tarikh : 19.09.2007
Kamera: Oly 35SP
Film: Fuji Neopan B&W ISO 400
Selayang, Selangor:- Satu rompakan nekad dan bersenjata telah berlaku disebuah kedai mamak 24 jam. Seorang perompak yang bersenjatakan parang dengan tenang menetak seorang juruwang sambil melarikan sebuah 'cash register' dicelah-celah kedai yang dipenuhi pelanggan.
Orang ramai yang ada tergamam dan ada juga yang berlari terpekik meminta tolong dengan kerusi meja terbalik. Tiada seorang pun yang berani menghalang perompak gila yang berparang. Penulis yang berada tidak jauh dari tempat kejadian bergegas mencapai kamera tetapi sudah terlewat apabila perompak itu berjaya melarikan diri dengan sebuah motosikal. Polis hanya tiba lebih kurang 10 minit setelah kejadian itu berakhir.
Apa yang penulis pasti ialah juruwang tersebut cedera parah ditetak dibahu, dan darah berceceran dimerata lantai kedai. Seperti biasa, CCTV yang ada hanya sebagai perhiasan, cuma untuk menakutkan pencuri kecil-kecilan.
Jelas, malang tidak berbau, apabila kejadian rompakan seperti ini berlaku, tiada siapa yang dapat membantu; tidak dari polis mahupun orang ramai, melainkan 'selamat' dengan kehendakNya.
Ia boleh mengenai pada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa tanpa amaran.
Jadi, orang ramai perlu sedar tentang keperluan pertahanan diri dikala keadaan mendesak seperti rompakan diatas.
Jangan bila tehantuk baru nak tengadah...
Ini bukan berita terkini, tapi hanya jurnal dan pemerhatian..
Anyway, no point asking whose to blame.
If you gonna die, die with your boots on!
pesanan masyarakat dari:
Herman Abdullah / MODMANTFOTO.COM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment