KUALA LUMPUR 28 Mei- Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) kesal terhadap kejadian seorang jurugambar Utusan Malaysia, Roy Azis Abdul Aziz yang cedera dipukul sekumpulan lelaki dalam kekecohan yang berlaku di Lebuh Raya Grand Saga Sdn.Bhd (Grand Saga) malam tadi.
Setiausaha Agungnya, Hong Boon How berkata, NUJ merasa terkilan terhadap perbuatan samseng dalam kekecohan itu yang bertindak mencederakan wakil media dan orang awam.
“Tindakan kumpulan itu menunjukkan betapa rendahnya semangat keprihatinan dan kesedaran terhadap peranan media.
“Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan lanjut bagi mengelakkan kejadian seumpama berulang lagi,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu, Roy Azis, 20, yang sedang membuat liputan bantahan penduduk terhadap pembinaan tembok penghadang di Bandar Mahkota Cheras telah dipukul dengan kayu dan topi keledar oleh sekumpulan lelaki.
Pada masa itu, kira-kira 200 penduduk sedang merobohkan tembok yang dibina bagi menutup laluan kenderaan ke Bandar Mahkota Cheras di sini.
Sumber : Utusan Malaysia
[Nota Penulis: NUJ perlu luluskan satu resolusi untuk membenarkan wartawan atau jurufoto bertindak balas bagi mempertahankan diri. Disamping mewujudkan satu skim Insuran bagi peralatan2 fotografi dalam menangani kekhuatiran terhadap kerosakan camera ketika bertugas!]
slm.. mcmana sambungan cerita DIY drybox.. is it reliable..
ReplyDeleteReliable...just dont put anything else except your camera equipment, then it should be fine.
ReplyDeleteAnother thing is, seal the lid tightly, it should be ok.
The rest is superb!
ps: i dah conclude pun citer tu...