Thursday, January 01, 2009

Selamat Tinggal Dunia 2008


Enjin Masih Berasap - smoking engine

Casualties

Kuala Lumpur 01 JAN. – Sambutan Tahun Baru yang sepatutnya disambut dengan ceria disudahi dengan kemalangan ngeri. Sebuah kereta terbabas, melanggar pembahagi jalan di Jalan Tun Razak pagi ini. Kejadian yang berlaku kira-kira jam tiga pagi  selepas 'countdown' itu menyebabkan kesesakan lalu-lintas di kedua-dua hala jalan tersebut. Kemalangan dahsyat itu mengakibat satu kematian dan cedera parah. Ambulan dari hospital Kuala Lumpur tiba 15 minit selepas kejadian. Pemandu dan penumpang dipercayai wanita.

sekian.
Herman Abdullah



--------------------------

Dua rakan maut selepas sambut Tahun Baru

01/01/2009 6:09pm

KUALA LUMPUR 1 Jan. — Kegembiraan tiga sahabat menyambut tahun baru bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut setelah kereta yang mereka naiki terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak di sini, awal pagi tadi.

Pemandu kereta itu, Nur Aina Rashid, 24, serta penumpang hadapan Nor Salina Abd Wahab, 20, terkorban manakala rakan mereka, Norida Meor Othman, 21, cedera di bahagian belakang bahu.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, kejadian pukul 3 pagi itu berlaku apabila kereta Satria Neo dipandu Nur Aina yang menghala ke Jalan Sungai Besi hilang kawalan di selekoh berhampiran terowong Jalan Tun Razak. - Bernama

2 comments:

  1. really a shitty way to die.. rest in peace. and the lesson of the day ladies and gents?

    buckle up. these folks were ejected like Topgun. dont forget to buckle up at the back too tahun ini

    happy new year. glad i am still alive

    ReplyDelete
  2. yeah buckle up...esp the front seat!
    And i never thought tat this will be my first series of shots in 2009. actually the fireworks bore me to death...

    ReplyDelete