Showing posts with label Resources. Show all posts
Showing posts with label Resources. Show all posts

Thursday, December 31, 2009

M Zuiko 17mm was designed to have CA?

















Olympus UK has been doing something we found quite interesting. How do you promote a new class of camera to a mainstream audience without confusing them with talk of mirrors and sensor sizes? Its solution appears to be to not talk about cameras at all - instead it's got Kevin Spacey to talk about pictures and memories.
There's something of a split in the office about how pretentious the results are, but we thought they were interesting.


Full story of the PEN EP-1 can be found here: http://www.dpreview.com/news/0912/09121102spaceyvid.asp

Tuesday, December 16, 2008

TMP's Guide: Video recorder for iPhone Classic

The use of visual technology to capture history.
------------------------------------------------------------------
Blogger: iPhoneCycorder Experiment 
--------------------------------------------------------------------
iPhone comes naked. You have to get him some good clothing before he can serve and be your good friend. In other word, he has the gun, but no brainer to activate the trigger.

  1. The following is the 'How to' setup a video recorder device for iPhone Classic.
  2. Upgrade to iPhone ver 2.2
  3. Browse the Cydia Featured Packages in the iPhone and download the Cycorder application. It's free.
  4. Follow the setup guide provided by Cydia.
  5. Use Netatalk application as bridge to manage the files between the iPhone and your Mac or PC?
  6. Again, for Netatalk setup, follow the instruction provided by Cydia.
  7. When all is done. You can start video-recording your kids and wife using the iPhone built in camera. Simple! No pornography please...
  8. You will notice that the quality of the file recorded by Cycorder is reasonably high. The file is big, therefore uploading and publishing might take some time. (It is all depend on your subscribed-bandwidth provided by the service provider i.e Streamyx).
  9. If that is the case and you can't wait, then compress your file using third party application if you feel like doing so. This is not DVD movie. No worries. I use iMovie.
  10. You can use Youtube or use the video uploader facility in the Blogger to publish your video.
  11. End.
  12. If all is ok and the stepflow is smooth, then your iPhone is now ready for action! 
  13. Good luck!
Herman Abdullah
*selesai tiga masalah.

Monday, May 28, 2007

Modmantfoto to Bill Putnam (WarShooter)

Linkage To Bill Putnam blog and website.

Modmantfoto has got permission to link-up the blog to Billputnam.blogspot.com

Reader can get access to another pool of knowledge from another good resource (in English) and probably can have a sneakpeek at the www.warshooter.com (A Portal for Photojournalists Covering Conflict, Crisis & Disaster)

thank you Bill.
Modmantfoto.com

Monday, May 14, 2007

Menangani Situasi yang Sukar (Fotografi)

Dealing with difficult situations.

Menghadapi Cabaran. (Meeting the challenge)

Walau se-canggih manapun teknologi, atau se-moden manapun sebuah kamera hari ini direka-cipta, situasi-sengit yang boleh mencabar angin seseorang fotografer itu tidak pernah bekurangan.

Malah ia tetap ada dalam pelbagai keadaan, setia menanti setiap fotografer yang meng-inginkannya dalam berbagai rupa dan bentuk.

Stetmen ini ditujukan khas kepada fotografer-fotografer ekstrim, yang suka menentang arus, tidak mengikut norma dan berlawanan dengan tradisi untuk mengukur prestasi serta tahap keupayaan dirinya yang sebenar.

Hasilnya sudah tentu akan jauh berbeza daripada foto-foto berbentuk santai atau snapshot 'cliche' yang lebih jinak dan kasual.

Diantara elemen dan cabaran-cabaran ekstrim yang dimaksudkan termasuklah dalam situasi berikut:-

1. Padang pasir (Desert)
2. Ais dan salji (Ice and Snow)
3. Hujan dan ribut (Rain and Storm)
4. Hutan hujan tropika (Tropical rain forest)
5. Dalam air (underwater)
6. Gunung-ganang (Mountain)
7. Bawah tanah (Underground)
8. Di Udara (Aerial - aloft)
9. Pertunjukan pentas (Stage Performance)
10. Waktu malam (Night photography)
11. VVIP (Special assignment)
12. Peperangan (Warfare photography)
13. Bencana Alam (Catastrophic) dan sebagainya.

Foto-foto yang dihasilkan berasaskan kondisi ekstrim ini pada kebiasannya mengundang beberapa persoalan akademik yang menuntut penjelasan kepada beberapa faktor iaitu:

1.Bagaimana caranya fotografer itu mendapatkan exposure yang betul dalam keadaan pencahayaan yang tidak menentu?

2.Bagaimana caranya fotografer itu mengambil 'viewpoint' yang betul?

3.Bagaimana carannya fotografer itu melindungi kamera dan peralatannya daripada elemen-elemen alam semulajadi seperti yang telah disenaraikan diatas (tanah, air, api, angin)?

4.Apakah pendekatan diplomasi atau cara yang betul untuk berkomunikasi dalam keadaan genting?

Tingkat-an sesuatu cabaran itu pula bergantung sepenuhnya kepada faktor kemahiran. Ia berbeza diantara seorang fotografer dengan fotografer lain. Pilihan terhadap rupa-bentuk cabaran ini pula adalah bersifat individu, ianya terletak pada kreativiti dan kemahuan fotografer itu sendiri.

Selain bersandarkan kemahiran, pengalaman, keyakinan diri, faktor ketabahan dan kesabaran adalah antara penentu kepada kejayaan untuk menangani suatu cabaran-sengit tersebut.

Perlu juga diingat, setiap cabaran selalunya beserta dengan risiko. Semakin sengit cabaran, semakin tinggi risikonya.

Jika sesuatu kemalangan yang tidak diingini berlaku, risiko kehilangan kamera, kerosakan peralatan dan kecederaan terpaksa ditanggung sendiri oleh fotografer.

Syarikat insuran selalunya akan meletakkan premium yang tinggi bagi peralatan-peralatan yang berkaitan dengan fotografi. Ini tidak termasuk lagi bab mengenai risiko kehilangan nyawa atau kecacatan kekal pada mana-mana anggota badan.

Di Malaysia belum pernah lagi penulis mendengar atau berjumpa syarikat yang meng-insurankan kamera secara individu, melainkan di-insurankan oleh syarikat-syarikat korporat yang menjalankan operasi media secara besar-besaran. (jika penulis silap tentang insuran kamera secara individu, sila betulkan dengan memberi nama syarikat yang memberikan insuran tersebut, penulis ingin sekali ber-urusan dengan mereka).

Oleh itu, pada setiap cabaran yang berisiko tinggi, sebuah kegagalan itu sangat mahal harganya, akibatnya 'sendiri mau ingatla brader!'.

Baiklah, selain daripada mendapatkan foto-foto dramatik yang menarik, kejayaan menangani dan menguasai cabaran-sengit ini selalunya memberikan kepuasan maksimum yang terlalu sukar untuk digambarkan. Ia adalah satu catatan pengalaman yang berharga pada diri fotografer itu sendiri.

Manakala keboleh-jualan atau keuntungan hasil daripada jualan foto adalah bonus, ianya bukan perkara pokok yang perlu difikirkan, yang penting adalah kualiti fotonya dulu.

Jadi, sebenarnya, cabaran ini ada dimana-mana sahaja, boleh jadi di depan rumah, ataupun jauh ke dalam hutan, itu tidak menjadi hal.

Dengan perancangan, usaha dan teknik yang betul maka setiap cabaran itu akan dapat diatasi dan diselesaikan dengan mudah (if God willing).

Oleh itu, apa lagi yang ditunggu, uji diri anda, capai kamera dan pilihlah antara cabaran yang ada, tetapi pastikan ianya bersesuaian dengan cc anda. Buktikan anda mampu menguasainya.

Hanya anda sahaja yang tahu akan nilai pada akhirnya.

Oleh: MODMANTFOTO.COM
Olahan/Terjemahan/Suntingan/Copyright: MODMANTFOTO.COM
Antara Sumber Lain: 1985 The Kodak Library of Creative Photography

Monday, February 26, 2007

Modmantfoto.com to Planetneil.com

Linkage To Planet Neil blog and website.

Modmantfoto has got permission to link-up the blog to Planetneil.com

Reader can get access to another pool of knowledge from another good resource (in English)

http://www.planetneil.com/info.html

May it helps!

thank you Neil.
Modmantfoto.com

Friday, September 22, 2006

COPYRIGHT-Why All The Fuss?

Copyright : Why All the Fuss ? [Sumber Photo Marketing Association International, US 2006]

Effort, Resources and Economi: Fotografer merasakan mereka telah melaburkan banyak masa dan tenaga kreatif untuk mendapatkan ilmu serta pengalaman, peralatan kamera, sistem pencahayaan, background dan membelanjakan extra cost dalam tujuan untuk menghasilkan sesuatu imej, foto atau karya.

Artistic Integrity : atau content sesuatu gambar yang mereka hasilkan. Ini kerana mereka tidak mahu gambar atau hasil seni yang mereka hasilkan ditukar sesuka hati oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, jadi mereka mahukan kawalan terhadap setiap foto yang associated dengan nama mereka. Setiap foto selalunya mempunyai nilai seni yang tersendiri bagi sesetengah fotografer.

Copy Cat: Untuk mengelakkan cetak rompak: Fotografer selalunya meletakkan kos terhadap sesuatu foto setelah mengambil kira effort dan service yang telah dilakukannya. Jika customer mengambil foto tersebut secara percuma, atau free downloading atau cetak rompak dari ‘sumber’ yang lain maka fotografer tadi telah kehilangan peluang untuk mendapatkan semula kos dan effort / service yang telah dikeluarkan. Oleh itu fotografer mahu customer membeli atau mengambil hanya dari sumber yang original.

Ada sesetengah fotografer meletakkan ‘harga patut’ pada setiap foto yang mereka hasilkan dengan memasukkan service charge upfront, tidak kiralah samada foto mereka dibeli atau tidak.

Ada juga fotografer yang mengizinkan free downloading untuk gambar2 tertentu sahaja. Ini bergantung pada individu.

Sebenarnya ada pelbagai lagi sebab kenapa COPYRIGHTS ACT diadakan. Salah satu daripada sebab yang lain ialah untuk me-mas-tikan intelectual properties para penggiat seni, karyawan, designer dan sebagainya dihormati dan dihargai.

Oleh itu customer digalakkan berbincang dengan fotografer tentang kehendak dan kemahuan mereka. Apabila semuanya telah diperhalusi (samada melibatkan royalti, bayaran atau akreditasi) maka customer boleh dapatkan gambar yang dikehendaki dengan terma2 yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Sekian.End.
__________________________________

What Is Copyright?
The Copyright Act gives “copyright” protection to “authors” for their “original works,” such as photographs. Among the protections that copyright owners have are the exclusive rights to:

1. Make copies of the work.

2. Prepare other works based on the original. An example is a new image that incorporates a pre-existing image, whether the new image is created manually or by digital manipulation of parts of the original image.

3. Distribute copies of the work to the public by sale, rental,lease, or lending.

4. Publicly perform and display the work. These rights are protected by laws which provide for damages and criminal penalties for violations. The customer, the photographer, and the lab are all subject to the law.




Monday, July 17, 2006

How to buy lens? -Simplified Version

Lens adalah teknologi yang terpenting dalam sistem kamera yang anda miliki. Kebolehgunaan lens dalam situasi yang kritikal akan menentukan tahap kejelasan foto anda. Jadi percayalah, investment dalam lens sebenarnya lagi penting daripada investment kamera. Anda mungkin akan menukar atau trade in kamera anda, kerana teknologi kamera berubah amat pantas, tetapi teknologi lens biasanya kekal lama.

Harga lens tidak akan merudum seperti harga kamera yang sentiasa berubah. Paling latest tentang lens adalah teknologi VR setelah USM, SWM and HSM diperkenalkan oleh pengeluar lens terkemuka dunia seperti Canon, Nikon dan Sigma.

Samada ZOOM atau FIXED lens, itu terpulang pada pengalaman dan pengetahuan anda. Belilah lens terbaik yang anda mampu, disini third party lens juga boleh dipertimbangkan untuk memenuhi hasrat anda. Jangan bergantung kepada original brand sahaja.

Cara untuk memilih dan membeli lens:-


1. PASTIKAN lens tersebut sesuai untuk DSLR ataupun kamera analog. (faktor AF, Cropping, Focal length dan width adalah berbeza antara digital dan 35mm lens)

2. pilih focal lens dan speed yang memenuhi minat fotografi anda. Jika anda shoot indoor (tanpa menggunakan flash) atau action fotografi atau sport, maka fixed 300mm f-2.8 ATAU zoom 70-200mm f-2.8 lens memberikan anda impak terbaik berbanding zoom 75-300mm f-4.5-5.6.
Tetapi untuk lanscape fotografi 75-300mm f-4.5-5.6 adalah memadai.

Lens juga memberi impak kepada faktor 'bokeh'. Samada dot cahaya dibelakang sharp image anda (bila bermain dengan DOF) cukup kabur atau berupa gelung k**dom itu juga bergantung pada faktor lens anda.

Harga untuk satu fast lens biasanya mahal, jadi beringat dulu sebelum beli, walaubagaimanapun dalam bidang fotografi ini biarlah " alah membeli menang memakai".

3. Bila sudah pilih focal lenght dan speed, maka check la pulak model yang compatible untuk kamera anda. Perlu consider third party lens (Sigma, Torkina, Tamron etc). cth compatible issue:
http://www.dpreview.com/news/0512/05122201sigmahsmd200.asp


Environment di Malaysia ini selalunya tidak mengizinkan kita banyak bermain dengan third party lens, dan selalunya kedai2 kamera menjual lens original yang ada tanpa memberikan kita nasihat yang betul, asal jual sudah.

Saya sendiri mempunyai pengalaman pahit untuk mendapatkan sebiji third party lens untuk sistem murahan saya, terpaksa mendapatkan sebut harga dari Singapura yang selalunya lebih mahal.

4. Jangan bergantung kepada salesman untuk mengajar anda tentang kamera atau lens, carilah guru dan belajarlah sendiri tentang lens compatibility dan equipment anda sebelum membuat pembelian.

Baca manual kamera anda, research internet dan bertanya kepada yang berilmu, kerana duit anda kamera anda dan foto anda amat bermakna jika anda tahu menilainya sendiri.


5. Jangan khuatir orang kata pasal sistem anda, kerana jika anda tahu apa yang mahu, apa yang anda lakukan dan bukan hanya ikut-ikutan, sebenarnya anda telah menjadi seorang knowledgable fotografer. Walaupun inferior dari segi equipment at the end of the day , the saleable photos count!

Boleh try site di bawah untuk info selanjutnya:

http://www.fredmiranda.com/reviews/

http://www.sigmaphoto.com/lenses/lenses.asp

http://www.nikonimaging.com/global/products/lens/index.htm

http://www.tokinalens.com/

Selamat Mencoba!

How to buy camera? (Digital)-Simplified Version

Mula-mula sebelum beli kamera tanya diri anda sendiri:
1. Perlukah aku kepada digital kamera (DSLR) ?
2. Apa jenis gambar yang akan aku tangkap?
3. Apa jenis komputer yang akan aku pakai?
4. Apa jenis software yang akan aku guna?
5. Berapa bajet yang aku mampu atau berapa kredit line yang tinggal?

Soalan 1 dan 2 akan melorongkan anda kepada investment 3, 4, dan soalan 5 akan membuatkan anda kembali ke soalan1...begitulah seterusnya..sehingga soalan 5 terjawab.

Seterusnya..
Shopping kamera adalah perkara yang menyeronokkan (jika banyak duit). Tetapi untuk mendapatkan kamera yang sesuai amat memeningkan. Ini sering terjadi setelah surfing internet, membelek majalah, window shopping dan akhirnya keliru dengan pelbagai iklan yang mengiurkan anda akhirnya pusing dengan pelbagai soalan dan bajet yang tak kesampaian.

Lumrah biasa bagi seorang beginner untuk belajar dari kesilapan. Oleh itu perkara seterusnya yang akan pertimbangkan setelah semua soalan di atas terjawab adalah brand mana yang patut difokuskan. Limitkan pilihan anda kepada dua perbandingan sahaja samada camera A atau B kerana 3 pilihan hanya membuatkan anda konfius.

Pilihan untuk kamera di Malaysia amat terhad. Yang popular dikedai2 kamera adalah Nikon, Canon dan juga Olympus. Brand2 ini mempunyai pusat service yang berdekatan, dan cawangannya yang boleh anda dapati disekitar bandaraya besar di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur.

Anda boleh juga cuba dapatkan brand2 lain seperti Sigma, Kodak, Fuji dan Konica Minolta(KM), tetapi awas, perlu diingatkan, KM telah memutuskan untuk tidak lagi mengeluarkan kamera, demikian menurut sumber Photo Marketing Association International Newsletter 2006.
http://konicaminolta.com/releases/2006/0119_03_01.html). (Saya sendiri mempunyai lens-shutter KM X50 yang mempunyai viewfinder, ia akan menjadi bahan sejarah atau kolektor item mulai sekarang).

Oleh itu pilihan brand yang bijak akan menentukan hala tuju anda dan kamera anda. Seorang fotografer itu akan grow bersama kameranya, tapi selalunya bukan faktor kamera yang menyebabkan seseorang fotografer itu melekat bersama sesuatu brand, tetapi kerana faktor lensnya dan aksesorinya...ini realiti.

Oleh kerana itu dibawah ini disertakan beberapa perkara lain yang perlu anda teliti dan fikirkan sebelum membuat pembelian:-

1. Tentukan minat anda. Kerana jika anda minat action atau sport fotografi bermakna high speed motordrive, fast autofokus, ample buffer CF card dan juga f-2.8 lens diperlukan (semuanya heavyweight dan mahal belaka) tetapi jika minat anda pada bahan arkitek atau family foto maka kamera jenis ringan dan murah sudah memadai.

Dan jika anda hanya ingin bermain dengan **web design, kamera simple lens shutter atau point n shoot kamera sudah memadai.

**untuk web preview, resolusi dan size gambar memainkan peranan penting, 6 MP adalah berat dan sudah tidak lagi relevan.

2. Pastikan kamera tersebut compatible dengan third party lens dan juga compatibilitynya dengan third party aksesori (ini penting kerana original lens mungkin terlalu mahal untuk anda, jadi third party lens boleh jadi gantian yang hebat..bak kata pepatah tiada rotan akar pun berguna juga).

3. Pastikan anda mendapat touch and feel terhadap kamera tersebut. Bermain2lah dengan A/S/P/M mod semahu mungkin, periksa tahap maximum kelajuan dan juga pastikan kamera tersebut bersesuaian dengan berat ideal, kerana berat sistem akan diambil kira bila anda mahu masukkan lens telefoto zoom/fixed anda, dimana anda terpaksa mengendong kamera dan lens yang berat itu kulu-kilir, huh! sungguh menyeksakan, lenguh badan.

Pastikan juga anda selesa dengan grip dan kedudukan vertikal kamera tersebut. Lihat juga di viewfinder, jika anda memakai spek maka pastikan kamera tersebut mempunyai adjuster diopter untuk anda.

4. Perkara yang terakhir, pastikan anda betul2 sukakan kamera tersebut dan juga jenamanya. Bersedia untuk meninggalkan kedai tersebut jika harga yang ditawarkan mahal, dapatkan bargain yang paling maxima yang anda boleh buat, jangan cepat sangat keluar duit. Kalau boleh dapatkan seberapa banyak free accesories yang anda boleh, contohnya seperti bag, tripod, SD atau CF card, UV filter dan sebagainya.

Kadang2 distributor membuat tawaran aksesori percuma terhadap jenis2 kamera, tetapi bila sampai ke retailer mereka menjualnya untuk mendapat untung lebih, so berhati-hatilah semasa membeli.

Perkara yang paling penting untuk anda lakukan ialah JANGAN sesekali bandingkan sistem kamera anda dengan sistem kamera fotografer suratkhabar atau majalah yang berharga puluhan ribu ringgit, mereka selalunya menggunakan kamera kompani dan kadang2 disponsor oleh syarikat2 pengeluar kamera untuk menjalankan aktiviti R&D kamera terbaru mereka.

Jadi tiada salah untuk bermula dengan sistem kamera yang anda mampu seperti konsep 'ukur baju dibadan sendiri'.

Cadangan saya, buat beginner boleh dapatkan writup dan pertimbangkan kamera di bawah (sumber: Digital Camera Buyer - Issue 41 2006) percayalah, anda akan menghargai ilmu yang anda perolehi dari penggunaannya yang eksesif:

-1. Nikon D50 (Gold Award)
2. canon EOS-350D (Silver Award)
3. Olympus E-500 (Bronze Award)

Selamat Mencoba!

Identifying camera features.

Ramai yang beranggapan untuk mendapatkan gambar yang cantik mestilah menggunakan top of the line kamera, atau lagi dasat jika sudah dihinggapi NAS(Nikon Acquisition Syndrome). Sebenarnya anda tidak perlu kamera mahal untuk mendapatkan gambar terbaik, kamera telefon bimbit jika digunakan secara tepat pun akan menghasilkan gambar terbaik, tetapi jeopardise pada quality printnya, itu sahaja. PMA Cameraphone Shoot-Out ( http://www.dcviews.com/press/PMA-Cameraphone-06.htm)

Seorang fotografer yang cekap boleh mendapatkan gambar yang baik daripada apa2 jenis kamera pun kerana basicnya adalah exposure/shutter dan aperture yang betul disamping pencahayaan dan ketika dan saat yang tepat!

Tetapi seorang fotografer yang baik tentu mahukan kamera yang bagus untuk mendapatkan gambar yang menarik dan hasil yang terbaik.

Walaubagaimanapun sila perati dibawah untuk perkara paling basic yang patut ada pada kamera anda untuk prosumer atau consumer:-

A. Exposure control:
Kebanyakkan kamera hari mempunyai sekurang2nya 4 mod yang berbeza iaitu Program/Aperture/Shutter/Manual priority mod.

i.Program(P) mod:
Kamera akan set kedua2nya iaitu aperture dan shutter. Program mod selalu digunakan untuk instant snap shooter yang bersahaja.

ii.Aperture Priority:
Aperture priority adalah dimana anda set aperture dan kamera akan tetapkan shutter speed untuk dipadankan dengan aperture anda, manakala dalam shutter priority, kamera akan setkan f-stop untuk anda.

iii.Manual mode:
Dalam Manual Mod, anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap Aperture dan Shutter, pastikan pula exposure nya betul! Manual mod selalu digunakan untuk mendapatkan hasil gambar yang menepati selera seseorang fotografer itu, lain orang lain seleranya dan pandangannya.

B. Size Megapixel:
4MP dan 6MP adalah memadai jika anda adalah JPEG shooter. Makin besar MP maka makin banyak storage kad (SD/CF) yang anda kena bawa dan makin slow proses downloding dan endprosess anda.

Nikon DSLR D2Xs mempunyai kapasiti 12.4 MP, tetapi saya berpendapat ianya digunakan di dalam keadaan tertentu sahaja.

c.Exposure compensation dial:
Feature ini membenarkan anda untuk overide setting kamera anda dalam 1/3,1/2 atau 1 full stops. Anda boleh gunakan option ini untuk membenarkan exposure untuk menerangkan atau menggelapkan subjek(bracketing) dalam apa saja exposure mod.

d.Shutter speed range:
1-1/1000 sec adalah range speed optimum yang diperlukan. Kebanyakkan consumer kamera hari ini ofer speed dari 30 sec kepada 1/8000 (tapi yang ni pakai ker?). Jadi yang sebetulnya carilah speed range dalam Bulb-30sec sehingga ke 1/4000, sudah mencukupi.

e.Depth-of-field preview:
Sesuai untuk produk shooting atau still shot.

DOF preview, akan stop down lens mengikut aperture yang anda ditetapkan supaya anda dapat melihat apa yang jelas dan tidak jelas(range of sharpness) dalam lingkungan subjek yang difokus perfek dalam viewfinder anda. Ia bukan close down shutter tapi diaphgram dalam lens anda.

Kalau tiada DOF preview anda boleh gunakan LCD screen anda untuk buat checking. Satu perkara lagi anda tidak dapat check DOF jika terpaksa buat 'hail marry shot'.

Tetapi ingat DOF preview penting bila anda guna aperture mod dan bermain dengan zoom atau fixed lens (lebih2 lagi untuk product shooting)

f.ISO/ASA/DIN Setting:
(International Standard Organization/American Standard Association/Deutsch International Norme.)

Antara perkara paling penting bagi sesuatu kamera adalah manual ISO/ASA/DIN setting. Ia berfungsi sama seperti filem speed. Selalunya bermula dari ISO 50 hinggalah ke ISO 3200.

Buat permulaan, range dari ISO 100 ke ISO 1600 adalah memadai. ISO 100 untuk suasana outdoor yang cerah dan ISO 400 ke atas untuk indoor.

ISO untuk digital kamera diukur pada sensornya CMOS/CCD/LIVE MOS, jadi semakin tinggi ISO, semakin tinggi amplification yang dikenakan kerana 'signal to noise ratio' akan bertambah.

Tetapi jangan salah tanggapan pada 'noise' ini kerana ia boleh menjadi satu pakej artistik jika digunakan dengan betul.

g.Metering modes:
Ada pelbagai metering modes yang boleh didapati, diantaranya ialah centerweighted, spot dan multisegment. Semua type metering ini adalah untuk memberikan medium tone result.
(Contoh medium tone: warna langit, jeans biru, hijau pokok)

Bermakna, jika anda point meter anda ke satu arah,ia akan cuba mendapatkan bacaan medium tone result.
Contoh metering modes yang biasa pada basic kamera:

i. Centerweighted metering digunakan untuk mendapatkan average reading untuk satu2 scene.
ii. Spot meter membaca small section satu2 scene membolehkan anda mendapatkan bacaan meter paling penting untuk satu part bagi subjek anda.
iii. Multisegment metering pula membahagikan scene ke beberapa sections dan mengambil exposure yang terbaik, selalunya kepada bahagian yang paling banyak cahaya dan yang lain akan kelihatan seperti underexpose sedikit.


h. White balance control:
Basic white balance 3200 Kelvin (incandescent), 5500 kelvin (daylight), 6500 kelvin (overcast).

White balance penting jika anda shoot JPEG dimana anda tidak perlu adjust di dalam photoshop seperti mana anda shoot RAW.

White balance akan menentukan gambar anda tidak kebiruan, kekuningan dan juga kehijauan dalam situasi pencahayaan yang tertentu.

Feature2 lain yang penting contohnya Autofocus, Autobracketing, Custom settings dan sebagainya adalah feature tambahan yang boleh dipertimbangkan.

Jadi sila periksa apa saja feature yang dibundle sekali dengan kamera idaman anda sebab setiap brand mempunyai tarikan feature yang berbeza.

Akhir sekali selalulah baca manual kamera, disitu terdapat segala info tentang feature kamera anda. Jadi semakin banyak feature, semakin tebal-lah manual anda. Manual kamera juga akan membantu anda dalam keadaan genting untuk troubleshoot kamera malfunction dan sebagainya.

Jangan segan membawa dan membaca manual kamera anda kemana sahaja anda pergi. Walaupun ia menambah berat bag anda-berat yang bermaklumat.

Cadangan saya untuk basic features:-
1. Exposure Control(P/S/A/M)
2. ISO setting
3. Shutter Speed Setting
4. DOF Preview (LCD juga boleh jadi preview)
5. Megapixel 4MP hingga 6MP adalah memadai untuk print gambar 4R hingga 10 X 12 6.
6. White balance control
7. Battery life span, at least 2000 jpeg shot (per day)
8. Mirror Lockup

Selamat Mencoba!


Tuesday, July 04, 2006

POD - Monopod vs Tripod vs The POD

Pod - itu menunjukkan kamera support atau 'tempat letak' atau alas. Oleh itu, monopod=satu kaki, bipod 2=kaki, dan tripod 3 kaki.
Oleh yang demikian setiap pod ini mempunyai kebihan dan kekurangan yang tersendiri seperti yang akan dinyatakan di bawah :

A.Monopod:
1. Ringan dan senang dibawa
2.Cepat setup dari tripod
3.Boleh disetup di tempat2 sempit berbanding tripod
4.Ada flexibility untuk berbagai camera movement
5.Biasanya digunakan untuk sport action, seperti yang kita dapat saksikan di World Cup 2006, selalunya untuk menyokong telephoto lens yang berat dan besar.
6.Terpaksa menggunakan anggota badan seperti kaki atau dada, untuk membantu menstabilkan keseluruhan sistem.

B.Tripod:
1.Versatile, boleh jadi monopod bila dirapatkan semua kaki2 nya.
2.Setup tripod hanya perlu tarik satu kaki dan terus jadi monopod, tak banyak bezanya.
3.Flexebility lebih kurang sama dengan monopod tetapi lebih flexible kalau handholding.
4.Tripod boleh jadi monopod dan juga bipod, cuma tidak sesuai dalam keadaan orang ramai dan crowded dan tempat yang sempit.
5.Selalunya tripod mejadi equipment terakhir yang akan di attach pada bag fotografer setelah mengambil kira berat dan environment yang akan dilalui..selalunya fotografer akan nyesal apabila terkenangkan tripod yang tertinggal..
6. Dapat diumpamakan seperti 'susah dulu senang kemudian' dalam penggunaanya.

C.THE POD
.
Dalam erti kata lain The POD ini adalah alas beg kacang - bean bag yang di modified menjadi lebih menarik dan cantik untuk tujuan komersial. (htttp://www.thepod.ca/)
The POD ini sangat berguna dan memang akan menukarkan gambar anda menjadi lebih sharp berbanding handholding.
Di antara kelebihan The POD ialah:

1.Berguna bila mana tripod tak boleh digunakan
2.Durable tahan lasak
3.Boleh disumbat masuk ke dalam mana2 beg camera dan tidak menyesakkan
4.Boleh di attach dimana2 kamera
5.Boleh support berat yang berlebihan (mengikut size The POD)
6. Tidak menggunakan apa-apa kaki.

Jadi adakah anda perlu kepada mana-mana pod di atas? Jawapan saya 'YA'.
Kerana ia akan menjadikan gambar anda lebih baik terutamanya bila dalam Low light-Indoor dan juga bila terpaksa guna slow shutter untuk mendapatkan efek-efek tertentu dalam sesetengah teknik fotografi.

Kenapa tidak handholding sahaja? Bukan tidak boleh, tetapi jarang sekali fotografer boleh menahan nafas panjang untuk mengelakkan goyang ketika guna slow shutter.

Perlu diingat speed yang afdal untuk mendapatkan gambar yang sharp adalah sentiasa lebih dari focal lenght lens anda, contohnya: jika focal lenght 200mm maka shutter speed yang patut ialah 1/250 sec , 1/300 sec atau lebih. Ini untuk mengelakkan gambar blur.

Jadi investlah dalam TRIPOD atau POD, cari brand yang mempunyai kualiti(tidak mudah patah) atau sturdy dan berat, mudah-mudahan anda tidak akan menyesal.

Cadangan saya buat permulaan:-

Manfrotto 718B DIGI MINI 3W TRIPOD BLK
Advantage utama:
1.Kompak dan senang dibawa
2.Ringan Senang digunakan
3.Versatile
Sesuai untuk:
1.DSLR dan point and shoot kamera
2.Camcorders (MicroDV, MiniDV atau yang sama saiz)
3.Still Fotografi dan light video shooting

Atau dapatkan The POD dikedai2 kamera yang berhampiran ATAU minta tolong emak/adik/kakak buatkan satu bean-bag alas kecil serupa the POD untuk anda.
Selamat Mencoba!

Friday, June 23, 2006

How to use teleconverter?

Teleconverter boleh jadi alat yang menjadi perdebatan dan spekulasi hangat dalam bidang fotografi. Teleconverter juga disebut teleextender, multiplexer dan sebagainya.

Teleconverter yang kurang baik boleh menyebabkan quality gambar yang low, manakala teleconverter yang bagus akan bertindak sebaliknya. Teleconverter akan menambah besar focal lenght sesuatu lens mengikut keupayaan teleconverter tersebut, contohnya 1.4X teleconverter akan menyebabkan 200mm f/4 bertukar kepada 280mm f/5.6

Jadi gambar akan nampak lebih besar diviewfinder, tetapi mengurangkan speed lense anda.

Ada beberapa kelemahan apabila menggunakan teleconverter (tc), ini termasuklah:-

1. Anda akan kehilangan speed. Menggunakan 1.4X tc akan mengurangkan 1 stop seperti contoh di atas f4 akan menjadi f5.6 untuk tc 1.4X. Jadi kena gunakan ISO yang laju untuk bermain dengan tc.

2. Dengan sebab kekurangan speed maka, viewfinder akan menjadi dim,menyebabkan kesukaran untuk melihat subjek anda.Dan yang paling penting sekali ialah, imej kualiti akan berkurangan, kerana ada sedikit kekurangan pada sharpness dan contrast. Walaubagaimanapun ini juga bergantung pada kualiti tc anda dan bagaimana ia match dengan lens anda.

Untuk mencapai kualiti terbaik tc, maka buatlah matching terbaik antara lens dan tc anda. Sebaiknya gunakan tc yang sama brand dengan lens anda. Elakkan daripada terpengaruh dengan tc 3x kerana anda akan kehilangan 3 stop dan imej selalunya tidak berkualiti.

Jadi cari tc yang branded, belanja biar lebih asalkan puas hati...

TC juga bertindak lebih baik untuk fixed lens berbanding zoom lens. Selalunya susah lens dengan tc memberikan imej yang sama dengan lens yang mempunyai focal lenght yang sama.

Tapi kalau anda perlukan lens panjang dengan focal lenght yang sama maka faktor berat dan wang perlu diambil kira. Jadi dengan tc yang kecil penuh dengan keajaiban Modern Technology ini adalah invesment yang boleh dikira baik berbanding dengan fixed lens yang berat dan mahal.

TC boleh jadi penyelamat dan pembesar imej terbaik dalam keadaan2 tertentu. Oleh itu saya cadangkan supaya mendapatkan tc 1.4X dan match dengan telephoto zoom yang starting dengan at least 2.8F bila bermain outdoor.

Selamat Mencoba!