Monday, July 17, 2006

How to buy camera? (Digital)-Simplified Version

Mula-mula sebelum beli kamera tanya diri anda sendiri:
1. Perlukah aku kepada digital kamera (DSLR) ?
2. Apa jenis gambar yang akan aku tangkap?
3. Apa jenis komputer yang akan aku pakai?
4. Apa jenis software yang akan aku guna?
5. Berapa bajet yang aku mampu atau berapa kredit line yang tinggal?

Soalan 1 dan 2 akan melorongkan anda kepada investment 3, 4, dan soalan 5 akan membuatkan anda kembali ke soalan1...begitulah seterusnya..sehingga soalan 5 terjawab.

Seterusnya..
Shopping kamera adalah perkara yang menyeronokkan (jika banyak duit). Tetapi untuk mendapatkan kamera yang sesuai amat memeningkan. Ini sering terjadi setelah surfing internet, membelek majalah, window shopping dan akhirnya keliru dengan pelbagai iklan yang mengiurkan anda akhirnya pusing dengan pelbagai soalan dan bajet yang tak kesampaian.

Lumrah biasa bagi seorang beginner untuk belajar dari kesilapan. Oleh itu perkara seterusnya yang akan pertimbangkan setelah semua soalan di atas terjawab adalah brand mana yang patut difokuskan. Limitkan pilihan anda kepada dua perbandingan sahaja samada camera A atau B kerana 3 pilihan hanya membuatkan anda konfius.

Pilihan untuk kamera di Malaysia amat terhad. Yang popular dikedai2 kamera adalah Nikon, Canon dan juga Olympus. Brand2 ini mempunyai pusat service yang berdekatan, dan cawangannya yang boleh anda dapati disekitar bandaraya besar di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur.

Anda boleh juga cuba dapatkan brand2 lain seperti Sigma, Kodak, Fuji dan Konica Minolta(KM), tetapi awas, perlu diingatkan, KM telah memutuskan untuk tidak lagi mengeluarkan kamera, demikian menurut sumber Photo Marketing Association International Newsletter 2006.
http://konicaminolta.com/releases/2006/0119_03_01.html). (Saya sendiri mempunyai lens-shutter KM X50 yang mempunyai viewfinder, ia akan menjadi bahan sejarah atau kolektor item mulai sekarang).

Oleh itu pilihan brand yang bijak akan menentukan hala tuju anda dan kamera anda. Seorang fotografer itu akan grow bersama kameranya, tapi selalunya bukan faktor kamera yang menyebabkan seseorang fotografer itu melekat bersama sesuatu brand, tetapi kerana faktor lensnya dan aksesorinya...ini realiti.

Oleh kerana itu dibawah ini disertakan beberapa perkara lain yang perlu anda teliti dan fikirkan sebelum membuat pembelian:-

1. Tentukan minat anda. Kerana jika anda minat action atau sport fotografi bermakna high speed motordrive, fast autofokus, ample buffer CF card dan juga f-2.8 lens diperlukan (semuanya heavyweight dan mahal belaka) tetapi jika minat anda pada bahan arkitek atau family foto maka kamera jenis ringan dan murah sudah memadai.

Dan jika anda hanya ingin bermain dengan **web design, kamera simple lens shutter atau point n shoot kamera sudah memadai.

**untuk web preview, resolusi dan size gambar memainkan peranan penting, 6 MP adalah berat dan sudah tidak lagi relevan.

2. Pastikan kamera tersebut compatible dengan third party lens dan juga compatibilitynya dengan third party aksesori (ini penting kerana original lens mungkin terlalu mahal untuk anda, jadi third party lens boleh jadi gantian yang hebat..bak kata pepatah tiada rotan akar pun berguna juga).

3. Pastikan anda mendapat touch and feel terhadap kamera tersebut. Bermain2lah dengan A/S/P/M mod semahu mungkin, periksa tahap maximum kelajuan dan juga pastikan kamera tersebut bersesuaian dengan berat ideal, kerana berat sistem akan diambil kira bila anda mahu masukkan lens telefoto zoom/fixed anda, dimana anda terpaksa mengendong kamera dan lens yang berat itu kulu-kilir, huh! sungguh menyeksakan, lenguh badan.

Pastikan juga anda selesa dengan grip dan kedudukan vertikal kamera tersebut. Lihat juga di viewfinder, jika anda memakai spek maka pastikan kamera tersebut mempunyai adjuster diopter untuk anda.

4. Perkara yang terakhir, pastikan anda betul2 sukakan kamera tersebut dan juga jenamanya. Bersedia untuk meninggalkan kedai tersebut jika harga yang ditawarkan mahal, dapatkan bargain yang paling maxima yang anda boleh buat, jangan cepat sangat keluar duit. Kalau boleh dapatkan seberapa banyak free accesories yang anda boleh, contohnya seperti bag, tripod, SD atau CF card, UV filter dan sebagainya.

Kadang2 distributor membuat tawaran aksesori percuma terhadap jenis2 kamera, tetapi bila sampai ke retailer mereka menjualnya untuk mendapat untung lebih, so berhati-hatilah semasa membeli.

Perkara yang paling penting untuk anda lakukan ialah JANGAN sesekali bandingkan sistem kamera anda dengan sistem kamera fotografer suratkhabar atau majalah yang berharga puluhan ribu ringgit, mereka selalunya menggunakan kamera kompani dan kadang2 disponsor oleh syarikat2 pengeluar kamera untuk menjalankan aktiviti R&D kamera terbaru mereka.

Jadi tiada salah untuk bermula dengan sistem kamera yang anda mampu seperti konsep 'ukur baju dibadan sendiri'.

Cadangan saya, buat beginner boleh dapatkan writup dan pertimbangkan kamera di bawah (sumber: Digital Camera Buyer - Issue 41 2006) percayalah, anda akan menghargai ilmu yang anda perolehi dari penggunaannya yang eksesif:

-1. Nikon D50 (Gold Award)
2. canon EOS-350D (Silver Award)
3. Olympus E-500 (Bronze Award)

Selamat Mencoba!

No comments:

Post a Comment