Monday, July 17, 2006

How to buy lens? -Simplified Version

Lens adalah teknologi yang terpenting dalam sistem kamera yang anda miliki. Kebolehgunaan lens dalam situasi yang kritikal akan menentukan tahap kejelasan foto anda. Jadi percayalah, investment dalam lens sebenarnya lagi penting daripada investment kamera. Anda mungkin akan menukar atau trade in kamera anda, kerana teknologi kamera berubah amat pantas, tetapi teknologi lens biasanya kekal lama.

Harga lens tidak akan merudum seperti harga kamera yang sentiasa berubah. Paling latest tentang lens adalah teknologi VR setelah USM, SWM and HSM diperkenalkan oleh pengeluar lens terkemuka dunia seperti Canon, Nikon dan Sigma.

Samada ZOOM atau FIXED lens, itu terpulang pada pengalaman dan pengetahuan anda. Belilah lens terbaik yang anda mampu, disini third party lens juga boleh dipertimbangkan untuk memenuhi hasrat anda. Jangan bergantung kepada original brand sahaja.

Cara untuk memilih dan membeli lens:-


1. PASTIKAN lens tersebut sesuai untuk DSLR ataupun kamera analog. (faktor AF, Cropping, Focal length dan width adalah berbeza antara digital dan 35mm lens)

2. pilih focal lens dan speed yang memenuhi minat fotografi anda. Jika anda shoot indoor (tanpa menggunakan flash) atau action fotografi atau sport, maka fixed 300mm f-2.8 ATAU zoom 70-200mm f-2.8 lens memberikan anda impak terbaik berbanding zoom 75-300mm f-4.5-5.6.
Tetapi untuk lanscape fotografi 75-300mm f-4.5-5.6 adalah memadai.

Lens juga memberi impak kepada faktor 'bokeh'. Samada dot cahaya dibelakang sharp image anda (bila bermain dengan DOF) cukup kabur atau berupa gelung k**dom itu juga bergantung pada faktor lens anda.

Harga untuk satu fast lens biasanya mahal, jadi beringat dulu sebelum beli, walaubagaimanapun dalam bidang fotografi ini biarlah " alah membeli menang memakai".

3. Bila sudah pilih focal lenght dan speed, maka check la pulak model yang compatible untuk kamera anda. Perlu consider third party lens (Sigma, Torkina, Tamron etc). cth compatible issue:
http://www.dpreview.com/news/0512/05122201sigmahsmd200.asp


Environment di Malaysia ini selalunya tidak mengizinkan kita banyak bermain dengan third party lens, dan selalunya kedai2 kamera menjual lens original yang ada tanpa memberikan kita nasihat yang betul, asal jual sudah.

Saya sendiri mempunyai pengalaman pahit untuk mendapatkan sebiji third party lens untuk sistem murahan saya, terpaksa mendapatkan sebut harga dari Singapura yang selalunya lebih mahal.

4. Jangan bergantung kepada salesman untuk mengajar anda tentang kamera atau lens, carilah guru dan belajarlah sendiri tentang lens compatibility dan equipment anda sebelum membuat pembelian.

Baca manual kamera anda, research internet dan bertanya kepada yang berilmu, kerana duit anda kamera anda dan foto anda amat bermakna jika anda tahu menilainya sendiri.


5. Jangan khuatir orang kata pasal sistem anda, kerana jika anda tahu apa yang mahu, apa yang anda lakukan dan bukan hanya ikut-ikutan, sebenarnya anda telah menjadi seorang knowledgable fotografer. Walaupun inferior dari segi equipment at the end of the day , the saleable photos count!

Boleh try site di bawah untuk info selanjutnya:

http://www.fredmiranda.com/reviews/

http://www.sigmaphoto.com/lenses/lenses.asp

http://www.nikonimaging.com/global/products/lens/index.htm

http://www.tokinalens.com/

Selamat Mencoba!

No comments:

Post a Comment