SEREMBAN – Sesiapa sahaja sama ada orang politik atau silat yang dipilih mengetuai Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) diminta mencontohi Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang memimpin pertubuhan itu selama 18 tahun dengan baik.
Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju berkata, Muhammad memimpin tanpa menimbulkan sebarang masalah dan sekiranya ia wujud sekalipun, semuanya dapat diselesaikan dengan baik serta berhemah.
Katanya, Muhammad juga menerajui Pesaka sewaktu bergelar Menteri Besar Selangor sehinggalah dia tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan.
Semalam, Pemangku Presiden Pesaka yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta merta.
Beliau membuat keputusan untuk melepaskan jawatan yang disandang sejak Mac tahun lalu bagi memberi laluan kepada pemimpin lain menerajui pertubuhan itu.
Mengenai pendiriannya yang menentang usaha mewujudkan modul silat yang seragam, Omardin berkata ia adalah untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri yang merupakan antara pengasas Pesaka.
Petikan: Utusan Malaysia 4 April 2007
No comments:
Post a Comment