Thursday, May 03, 2007

NUJ minta kerajaan iktiraf blog media baru

KUALA LUMPUR 2 Mei – Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) mahu kerajaan mengiktiraf kewujudan laporan dalam Internet dan blog sebagai media baru bagi menyebarkan maklumat.

Presiden NUJ, Norila Mohd. Daud berkata, fenomena mendapatkan maklumat menerusi Internet memberi kesan yang amat besar dan ini menjadi sumber maklumat alternatif isu-isu semasa yang menyentuh masyarakat di negara ini.

“Penggunaan Internet dan konsep dunia tanpa sempadan yang tidak ditapis telah menjadikan maklumat lebih mudah diperoleh oleh sesiapa jua.” katanya dalam satu kenyataan di sini, sempena Hari Kebebasan Akhbar Antarabangsa yang akan disambut esok.

“Melihat kepada perkembangan terkini, NUJ berpendapat kerajaan harus memberikan lebih kebebasan kepada akhbar tempatan dengan meminda beberapa undang-undang yang menyekat seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Rahsia Rasmi (OSA),” katanya.

– Bernama
Petikan/Suntingan : Utusan Malaysia 3 May 2007

No comments:

Post a Comment