Dealing with difficult situations.
Menghadapi Cabaran. (Meeting the challenge)
Walau se-canggih manapun teknologi, atau se-moden manapun sebuah kamera hari ini direka-cipta, situasi-sengit yang boleh mencabar angin seseorang fotografer itu tidak pernah bekurangan.
Malah ia tetap ada dalam pelbagai keadaan, setia menanti setiap fotografer yang meng-inginkannya dalam berbagai rupa dan bentuk.
Stetmen ini ditujukan khas kepada fotografer-fotografer ekstrim, yang suka menentang arus, tidak mengikut norma dan berlawanan dengan tradisi untuk mengukur prestasi serta tahap keupayaan dirinya yang sebenar.
Hasilnya sudah tentu akan jauh berbeza daripada foto-foto berbentuk santai atau snapshot 'cliche' yang lebih jinak dan kasual.
Diantara elemen dan cabaran-cabaran ekstrim yang dimaksudkan termasuklah dalam situasi berikut:-
1. Padang pasir (Desert)
2. Ais dan salji (Ice and Snow)
3. Hujan dan ribut (Rain and Storm)
4. Hutan hujan tropika (Tropical rain forest)
5. Dalam air (underwater)
6. Gunung-ganang (Mountain)
7. Bawah tanah (Underground)
8. Di Udara (Aerial - aloft)
9. Pertunjukan pentas (Stage Performance)
10. Waktu malam (Night photography)
11. VVIP (Special assignment)
12. Peperangan (Warfare photography)
13. Bencana Alam (Catastrophic) dan sebagainya.
Foto-foto yang dihasilkan berasaskan kondisi ekstrim ini pada kebiasannya mengundang beberapa persoalan akademik yang menuntut penjelasan kepada beberapa faktor iaitu:
1.Bagaimana caranya fotografer itu mendapatkan exposure yang betul dalam keadaan pencahayaan yang tidak menentu?
Foto-foto yang dihasilkan berasaskan kondisi ekstrim ini pada kebiasannya mengundang beberapa persoalan akademik yang menuntut penjelasan kepada beberapa faktor iaitu:
1.Bagaimana caranya fotografer itu mendapatkan exposure yang betul dalam keadaan pencahayaan yang tidak menentu?
2.Bagaimana caranya fotografer itu mengambil 'viewpoint' yang betul?
3.Bagaimana carannya fotografer itu melindungi kamera dan peralatannya daripada elemen-elemen alam semulajadi seperti yang telah disenaraikan diatas (tanah, air, api, angin)?
4.Apakah pendekatan diplomasi atau cara yang betul untuk berkomunikasi dalam keadaan genting?
Tingkat-an sesuatu cabaran itu pula bergantung sepenuhnya kepada faktor kemahiran. Ia berbeza diantara seorang fotografer dengan fotografer lain. Pilihan terhadap rupa-bentuk cabaran ini pula adalah bersifat individu, ianya terletak pada kreativiti dan kemahuan fotografer itu sendiri.
Selain bersandarkan kemahiran, pengalaman, keyakinan diri, faktor ketabahan dan kesabaran adalah antara penentu kepada kejayaan untuk menangani suatu cabaran-sengit tersebut.
Perlu juga diingat, setiap cabaran selalunya beserta dengan risiko. Semakin sengit cabaran, semakin tinggi risikonya.
Jika sesuatu kemalangan yang tidak diingini berlaku, risiko kehilangan kamera, kerosakan peralatan dan kecederaan terpaksa ditanggung sendiri oleh fotografer.
Syarikat insuran selalunya akan meletakkan premium yang tinggi bagi peralatan-peralatan yang berkaitan dengan fotografi. Ini tidak termasuk lagi bab mengenai risiko kehilangan nyawa atau kecacatan kekal pada mana-mana anggota badan.
Di Malaysia belum pernah lagi penulis mendengar atau berjumpa syarikat yang meng-insurankan kamera secara individu, melainkan di-insurankan oleh syarikat-syarikat korporat yang menjalankan operasi media secara besar-besaran. (jika penulis silap tentang insuran kamera secara individu, sila betulkan dengan memberi nama syarikat yang memberikan insuran tersebut, penulis ingin sekali ber-urusan dengan mereka).
Oleh itu, pada setiap cabaran yang berisiko tinggi, sebuah kegagalan itu sangat mahal harganya, akibatnya 'sendiri mau ingatla brader!'.
Baiklah, selain daripada mendapatkan foto-foto dramatik yang menarik, kejayaan menangani dan menguasai cabaran-sengit ini selalunya memberikan kepuasan maksimum yang terlalu sukar untuk digambarkan. Ia adalah satu catatan pengalaman yang berharga pada diri fotografer itu sendiri.
Manakala keboleh-jualan atau keuntungan hasil daripada jualan foto adalah bonus, ianya bukan perkara pokok yang perlu difikirkan, yang penting adalah kualiti fotonya dulu.
Jadi, sebenarnya, cabaran ini ada dimana-mana sahaja, boleh jadi di depan rumah, ataupun jauh ke dalam hutan, itu tidak menjadi hal.
Dengan perancangan, usaha dan teknik yang betul maka setiap cabaran itu akan dapat diatasi dan diselesaikan dengan mudah (if God willing).
Oleh itu, apa lagi yang ditunggu, uji diri anda, capai kamera dan pilihlah antara cabaran yang ada, tetapi pastikan ianya bersesuaian dengan cc anda. Buktikan anda mampu menguasainya.
Hanya anda sahaja yang tahu akan nilai pada akhirnya.
Oleh: MODMANTFOTO.COM
Olahan/Terjemahan/Suntingan/Copyright: MODMANTFOTO.COM
Antara Sumber Lain: 1985 The Kodak Library of Creative Photography
No comments:
Post a Comment